Saturday, November 20, 2010

Keheningan Malam ~


Di keheningan malam
ku duduk seorang diri
dalam kegelapan dinihari
hatiku gundah,gulana sepertinya
namun tiada yang dapat ku pastikan
hanya kehidupan menjadi pedoman
diriku ibarat bola di atas padang
di tendang ke sana sini
semata hanya untuk di masukkan
kedalam jaring yang begitu jauh jaraknya
ke kiri ke kanan diri ini pergi
tiada yang pasti di mana berakhirnya
walaupun tujuan di depan mata
tapi adakah ianya akan di capai???
tiada siapa yang mengetahui
hidup ini penuh dugaan
dugaan mendatang tanpa hentinya
saban hari berlalu meninggalkan diriku
namun tidak dugaan yang mendatang
ia tetap menghiasi hidupku ini
tanpa segan silu
insan datang dan pergi dalam hidupku
meninggalkan seribu satu makna
terpalit seribu satu garisan yang penuh beerti
mengisi kehidupan ini
memberi pengalaman yang bermakna
gelak tawa bersilih ganti dengan tangisan sepi
hidup tetap harus diteruskan
kini diriku sendiri tidak pasti
adakah aku akan berjaya mencapainya
adakah diri ini akan berada di dalam jaring tersebut
dan mereka meraikan dengan sorak sorai
gembira tiada terkata…
namun ia hanya tanda tanya yang akan membelenggu diri ini…

Wednesday, November 10, 2010

Rindu di hati~

Rindu di hati...
tajuk yg menarik..ape maksud nya yea..??haha
rindu bertamu di hati pada blog kesayangan la..ape lagi..hehe
dah seminggu tak update blog....dalam seminggu macam2 jadi kat diri ni...
hidup kacau bilau,serabut,macam2 ada la..
Alhamdulillah mungkin berkat kesabaran menempuh semua ujian2 itu,
aku masih lagi boleh bernafas dan boleh teruskan hidup...cewaah,,ayat tak boley bla tul...
dalam dugaan itu jugak mengajar aku lebih kenal diriku yg sebenar...perangai2 burukku...hmm..
really hard to be better person...selalu je wat silap..aduhai diri...cakap je lebih,tapi perangai makin buruk...
farah,farah...come on dear...pls...sentiasalah bermuhasabah...jangan terlalu leka dengan kegembiraan dan kesenangan yang diberi...jika kita salah langkah,kebahagiaan yang kita dapat akan lesap dan hilang begitu saja dan akan datang bermacam2 masalah....bukan mudah untuk kekalkan kebahagiaan jika kita tak pandai menjaga dan mengawal..mengawal emosi..jgn biar emosi memakan diri...hmm...
sekarang baru aku tau,untuk mendapat kebahagiaan yang hakiki bukan mudah...
ok,stop talk about it..kita cakap tentang lain plak...hehe
xboley lame2 ni sebab nk kena prepare for my PTD test....
banyak nak kena study...bukak buku SPM & PMR..baca sejarah..adoii,,subjek yang wat aku nantuk..
tak pela,demi PTD,aku usahakan jugak...this is for my future...i must do the best...chaiyok2!!!
kerana PTD,KPLI test terpaksa di lepaskan..nak wat camana..test jatuh hari yang sama pulak
iaitu pada 13Nov 2010 ni(Sabtu)...nape la diorang ni wat hari yang sama...saja je nak suruh aku wt pilihan...
dua2 aku nak,,,tapi difikirkan balik better aku amik PTD sebab cerah sket masa depan..hehe
kalau KPLI nak kena belajar lagi setahun,then posting xtau nak hantar katne,silap2 sabah or sarawak...
jauh tu...xsanggup pulak..hehe....
hmm,,ade pulak lagi satu cite tentang....(jeng jeng jeng)..kita continue di lain hari..hehe
next time i story kat you all eh ape bende nye pulak tu...suprise..haha...
dah lame sangat dok ngadap ni..masa is the time(trademark mase matrix dulu)...haha
banyak lagi kene study ni..adoi2...doakan kejayaanku dalam test nanti yea..thnx..luv u all!!daaaa...~




Tuesday, November 2, 2010

Rahmat Ujian~

Bersabarlah dengan ujian yg menimpa kita...
ingatlah...setiap ujian itu pasti ada hikmahnya...
sesungguhnya Allah tak akan membebankan seseorg hamba melainkan apa yang dihadapinya...
(nasihat ini juga ditujukan pada diri yg lemah ini)

Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar

Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan
 
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan
 
Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora